Anak kelahiran Kampung Orang Asli Bukit Rok, Bera, Pahang. Berketurunan Asli dari suku kaum Semelai. YB Senator Mohammad Olian bin Abdullah, AMP, menjadi kebanggaan, khusus bagi masyarakat Orang Asli di tempat lahirnya dan Malaysia amnya. Beliau telah mendapat pelajaran hingga ke peringkat tertinggi di Menara Gading. Telah berkhidmat setia dengan Risda Plantation Sdn Bhd Cawangan Temerloh sejak Februari 2008 sebagai seorang Pengurus. Di kampungnya beliau juga adalah anggota seumur hidup UMNO Cawangan Kampung Orang Asli Bukit Rok. Pada 9hb. Disember 2009 dengan resminya telah mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara Parlimen Malaysia.
Kami Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Kijang Mas Negeri Pahang Berhad serta Anggota-Anggotanya dan kakitangan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan beliau sebagai Senator. Semoga dengan perlantikan ini YB Senator akan lebih komited dan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama membangunkan Masyarakat Orang Asli khasnya dan Negara Malaysia amnya.
“Salam Satu Malaysia, Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan”
No comments:
Post a Comment