Ditubuhkan pada 17 September 1988 oleh JHEOA negeri Pahang atas nama Koperasi Asli Maju Rompin Berhad dengan keanggotaan berjumlah 296 orang dan modal saham ahli RM222.00, Pengerusi pertama adalah Encik Mohd Zainal bin Abd Rahman. Kemudiannya pada 28 April 1997 telah menukar namanya kepada Koperasi Kijang Mas Negeri Pahang Berhad dengan matlamat untuk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat orang asli negeri Pahang. Mempunyai ahli seramai 5482 keluarga di seluruh negeri Pahang sehingga 30 Oktober 2009, dimana 60% adalah di kalangan miskin tegar
Antara aktiviti yang dijalankan:-
1. Menjalankan aktiviti perusahaan dan perdagangan
2. Memperolehi tanah untuk dibuka dan dimajukan bagi maksud perladangan
3. Menjalankan aktiviti pemborongan, pengedaran dan kontrak yang diperolehi melalui tender, sebutharga atau tawaran terus.
No comments:
Post a Comment