Tuesday, December 22, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU





Pada 19hb. Disember 2009 anak lelaki sulung Pengerusi KKMNPB En. Rahmat bin Mansor, PJK dan isteri Puan Rokiah binti Ka, En. Norsuandi telah menamatkan zaman bujang nya setelah diijab-kabul dengan seorang gadis yang bernama Norlin Farita binti Johar. En. Norsuandi bertugas di JHEOA, Tapah, Perak. Majlis persandingan dan kenduri telah berlangsung di rumah Pengantin perempuan di Kampung Mencepu, Pekan, Pahang.




Wednesday, December 16, 2009

TAHNIAH YB SENATOR MOHAMMAD OLIAN BIN ABDULLAH, AMP




Anak kelahiran Kampung Orang Asli Bukit Rok, Bera, Pahang. Berketurunan Asli dari suku kaum Semelai.  YB Senator Mohammad Olian bin Abdullah, AMP, menjadi kebanggaan, khusus bagi masyarakat Orang Asli di tempat lahirnya dan Malaysia amnya. Beliau telah mendapat pelajaran hingga ke peringkat tertinggi di Menara Gading. Telah berkhidmat setia dengan Risda Plantation Sdn Bhd Cawangan Temerloh sejak Februari 2008 sebagai seorang Pengurus. Di kampungnya beliau juga adalah anggota seumur hidup UMNO Cawangan Kampung Orang Asli Bukit Rok. Pada 9hb. Disember 2009 dengan resminya telah mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara Parlimen Malaysia.
Kami Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Kijang Mas Negeri Pahang Berhad serta Anggota-Anggotanya dan kakitangan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan beliau sebagai Senator. Semoga dengan perlantikan ini YB Senator akan lebih komited dan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama membangunkan Masyarakat Orang Asli khasnya dan Negara Malaysia amnya.
“Salam Satu Malaysia, Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan”

Tuesday, December 8, 2009

YAB PERDANA MENTERI DI RUNCHANG





Sebahagian penduduk orang asli kawasan Runchang bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak di atas pentas pada 4 Ogos 2009, dalam Majlis Perasmian Zon Ekonomi Khas ECER dan Agropolitan Pekan di Runchang Pekan, Pahang. 




Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak melihat sendiri anak kambing biri-biri pada Majlis Perasmian Zon Ekonomi Khas ECER dan Agropolitan Pekan di Runchang Pekan, Pahang.

Monday, December 7, 2009

PEMBANGUNAN CHALET HOMESTAY II





CADANGAN PEMBANGUNAN 100 UNIT CHALET HOMESTAY DI SUNGAI RUIL,CAMERON HIGHLANDS, PAHANG.

PEMBANGUNAN CHALET HOMESTAY I




CADANGAN PEMBANGUNAN 100 UNIT CHALET HOMESTAY DI SUNGAI MAS, SUNGAI LEMBING, PAHANG.


Thursday, December 3, 2009

MENGIMBAU ZAMAN SILAM



Seladang Rimba Malaya '72

En. Chu Jang Lee a.k.a. Seladang Rimba Malaya @ Pak Chu adalah salah seorang Ahli Lembaga Koperasi KKMNPB sekarang. Sewaktu gambar di atas diambil beliau masih bertugas dengan J.O.A (kini JHEOA) atau Jabatan Orang Asli sekitar tahun '70an. Berbapakan seorang Cina dan beribukan seorang Asli. Beliau fasih bertutur Bahasa Melayu, lancar berbahasa Temiar dan Semai, boleh berbahasa Inggeris dan lima dialek Cina. Sejak sekian lama beliau berkhidmat di Pos Mensun, Cameron Highlands, Pahang, menumpahkan baktinya kepada kaum Asli, menjadi rebel, lantang menyuarakan ketidaksenangan nya demi kepentingan kaum yang menjadi sebahagian dari darah dagingnya.



AKTIVITI PERLADANGAN









1. Ladang Sawit Sg Rempan Daerah Raub Seluas 250 Ekar yang diusahakan sendiri.
(Memberikan sumber pendapatan kepada Penduduk Kg Sg Rempan iaitu
pemberian Dividen sebanyak RM 400 bagi setiap bulan kepada setiap
keluarga di kampung tersebut.)

2. Ladang Sawit Sg Bel Daerah Raub Seluas 200 Ekar
(Masih dalam pembangunan).

3. Ladang Kampung Serun,Nenasi seluas 360 ekar.
(Kelulusan dasar tapak daripada JHEOA telah diperolehi.)

4. Ladang Buluh Madu, Kg Runcang,Pekan seluas 100 ekar.
(Kelulusan dasar tapak daripada JHEOA telah diperolehi.)

Wednesday, December 2, 2009

STRATEGI KKMNPB








STRATEGI TERAS
1. Menambahbaik sistem perkhidmatan dan meneroka peluang-peluang perniagaan bagi meningkatkan pendapatan koperasi
2. Meningkatkan pengawalseliaan secara profesional bagi menghasilkan tadbir urus koperasi yang berkualiti.

Monday, November 30, 2009

VISI DAN MISI KKMNPB






VISI
Koperasi yang kompetitif, berdaya tahan, berdaya saing, progresif dan berintegriti. Penglibatan aktif koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi,menjana modal insan, anggota berilmu,kompeten dan berbudaya keusahawanan menjelang tahun 2020. 

STRATEGI PELAKSANAAN
Mempertingkatkan kapasiti dan keupayaan koperasi melalui pembangunan keusahawanan, pembangunan modal insan dan pembangunan produk koperasi.

MISI 
Untuk meningkatkan sosio ekonomi dan modal insan anggota-anggotanya berlandaskan prinsip-prinsip koperasi.





AHLI LEMBAGA PENGARAH KOPERASI 2009

SEPATAH DUA KATA PENGERUSI KKMNPB





Saya En. Rahmat bin Mansor, selaku Pengerusi berasa amat senang hati dan bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana ahli-ahli koperasi telah dapat bersatu untuk merancang dan seterusnya melaksanakan agenda yang lebih sistematik, produktif dan berterusan bagi pembangunan sosio-ekonomi masyarakat orang asli di Pahang.
Koperasi mengajar ahlinya supaya tidak bersikap tamak, haloba dan mementingkan diri sendiri. Koperasi perlu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada setiap ahli dan keuntungan dapat diagihkan secara samarata di antara ahli.
Aktiviti dan program koperasi ini Insyallah akan dapat menyumbang ke arah masyarakat yang lebih saksama, lebih produktif dan lebih seimbang di Pahang.
Ingatlah : Koperasi anda, koperasi kita bersama.

RAHMAT BIN MANSOR, PJK.