Monday, February 22, 2010

"Renungan"



Petikan ucapan Tim. Menteri Tanah & Pemb. Koperasi, semasa merasmikan AGM KE 15, ANGKASA pada 12 Dis. 1998.
Kesan kegawatan ekonomi keatas institusi koperasi di Malaysia belum begitu serius dan masih lagi kukuh. Pengurus harus bijak mengurus pada keadaan apa sahaja.
  • 59 koperasi (dpd. 3888) telah meminjam dpd. bank untuk beli saham.
  • 41 koperasi ada wang sendiri untuk membayar pinjamannya.
  • 09 koperasi membuat penjadualan semula pembayaran pinjaman.
  • 09 koperasi lagi (jumlah pinjaman 13.7 juta) berkeadaan " tenat ".

Thursday, January 28, 2010

MAJLIS PENYERAHAN CEK AGIHAN WANG BALAK KEPADA JKK KG. BULUH NIPIS DAN JKK KG. KERPAL DAERAH ROMPIN


 
 Pengerusi JKK Kg. Buluh Nipis menerima cek daripada Wakil Pengarah JHEOA Tuan Syed Zainudin in Syed Othman


Pengerusi JKK Kg. Buluh Nipis menerima replika cek daripada Peg. HEOA Daerah Rompin, En. Abdul Rahman bin Mat Sam


Pengerusi JKK Kg. Kerpal menerima cek daripada Wakil Pengarah JHEOA Tuan Syed Zainudin in Syed Othman


Pengerusi JKK Kg. Kerpal menerima replika cek daripada Peg. HEOA Daerah Rompin, En. Abdul Rahman bin Mat Sam

Majlis telah berlangsung di Dewan III, Puteri Inn, Kuala Rompin pada 20.01.10 jam 10.00 pagi.Majlis telah diserikan dengan kehadiran Wakil YBG. Tuan Pengarah JHEOA Negeri Pahang Tuan Syed Zainudin bin Syed Othman untuk menyempurnakan upacara penyerahan cek-cek agihan wang balak tersebut. Hadir juga pada Majlis tersebut ialah Pengerusi JKK Kg. Kerpal Bathin Lintuk bin Gam dan Pengerusi JKK Kg. Buluh Nipis En. Siwang bin Piha. Turut hadir adalah Peg. HEOA Daerah Rompin, En. Abdul Rahman bin Mat Sam, Pengurus RPS Buluh Nipis En. Bashir, Pengerusi Koperasi Kijang Mas Negeri Pahang Berhad (KKMNPB) Bathin Rahmat bin Mansor PJK, Setiausaha KKMNPB En. Mohamad bin Tenggang PJK, Bendahari KKMNPB Bathin Marjan bin Aris, Anggota Lembaga KKMNPB En. Chu Jang Lee, Anggota Lembaga KKMNPB Puan Asiah bt. Bogi dan Pengurus KKMNPB En. Jamaludin bin Hasan. Majlis selesai selepas bergambar ramai dan jamuan makan tengahari.

Sunday, January 17, 2010

MUZIUM ORANG ASLI MALAYSIA





MUZIUM ORANG ASLI

Bermula dengan sebuah bangunan kayu yang asalnya rumah kediaman rasmi bekas Ketua Pengarah JHEOA pada tahun 1987. Pada tahun 1995 pihak JHEOA telah membina muzium baru menggantikan muzium lama dengan kos RM3.5 juta. Setelah siap ianya telah diserahkan kepada JabatanHalEhwalOrang Asli pada tahun 1998. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah merasmikannya pada tahun 2000 dan diberi nama baru, Muzium Orang Asli. Dengan adanya muzium ini, Orang Asli Malaysia dapat mengabadikan bahan sejarah mereka. Segala bentuk warisan budaya mereka akan dapat dikumpul, dipelihara dan dipamirkan kepada tatapan umum. Di sini juga dijadikan pusat penyelidikan sejarah dan budaya masyarakat Orang Asli Malaysia. 



Pelan Lokasi:



Thursday, January 7, 2010

DEWAN PERNIAGAAN ORANG ASLI MALAYSIA BERHAD

SENARAI AHLI LEMBAGA PENGARAH TAHUN 2009-2012
DEWAN PERNIAGAAN ORANG ASLI MALAYSIA BERHAD

Datuk Osman Bin Bungsu - Pengerusi
Koperasi Daya Asli Johor Berhad

En. Isa Bin Ab. Hamid - Setiausaha
Koperasi Daya Asli Johor Berhad

En. Othman Bin Baba - Bendahari
Koperasi Warga Asli N. Sembilan dan Melaka Berhad

En. Ibrahim Bin Ishak Syarikat Ibrahim - Ahli Lembaga Pengarah

En. Arif Bin Embing - Ahli Lembaga Pengarah
Koperasi Asli Selangor Berhad

En. Latiff Bin Siam - Ahli Lembaga Pengarah
Syarikat Sumpitan Plantation Sdn. Bhd.

En. Ira Isra Bin Angit @ Asra Ramlan - Ahli Lembaga Pengarah
Koperasi Kijang Mas Negeri Kelantan Berhad

En. Raseb Bin Marija - Ahli Lembaga Pengarah
Koperasi Peserta RPS Kuala Betis Berhad

En. Mohamad Bin Tenggang - Ahli Lembaga Pengarah
Koperasi Kijang Mas Negeri Pahang Berhad

En Sulang @ Mohd. Said Bin Abdullah - Ahli Lembaga Pengarah
Koperasi Orang Asli Muslim Malaysia Berhad

En. Suki Mee - Ahli Lembaga Pengarah
Yayasan Orang Asli Perak Berhad

En. Sudin Bin Sina - Ahli Lembaga Pengarah
Koperasi Asli Erong Hilir Berhad